mediaprimatv mediaprimatv

Mayat mangsa bunuh dicampak tepi jalan

(Gambar Hiasan)

BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu kren sambilan dan pemilik kedai cuci kereta diculik dan ditikam sehingga mati sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan berhampiran Jalan Song Ban Kheng, dekat sini awal pagi ini.

Meena Kumar, berusia lingkungan 40-an yang berasal dari Ujung Batu, Butterworth dipercayai diculik di tempat lain sebelum mayatnya ditemui orang awam di kawasan itu kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seseorang yang meminta bantuannya untuk menarik kereta yang rosak.

"Sebaik sahaja tiba di Taman Kimsar dekat Prai, dia ditarik ke dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu oleh empat lelaki.

"Mayat mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman di seluruh badan dan dua jarinya yang terputus di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari in

Gadis 15 tahun dirogol teman lelaki


KULIM 23 - Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun keluar rumah secara senyap-senyap pada awal pagi untuk menemui kekasihnya, berakhir dengan dia dirogol remaja lelaki tersebut.

Pelajar itu menyelinap keluar dari rumahnya di sebuah taman perumahan di sini kira-kira pukul 1 pagi Rabu lalu untuk menemui teman lelakinya yang berusia 16 tahun.

Mangsa kemudian dibawa bersiar-siar dan dipelawa suspek untuk bermalam di rumahnya sebelum dia dirogol.
Tindakan mereka bagaimanapun disedari oleh salah seorang ahli keluarga suspek yang kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya.

Apabila tiba di rumah, pelajar perempuan itu diasak pelbagai soalan oleh ibu bapanya sehingga mengaku dia telah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

Berikutan itu, ibu dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau turut melahirkan kebimbangan tentang kes rogol melibatkan remaja bawah umur yang semakin menjadi-jadi di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini.

"Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau dan memeriksa anak mereka, terutama pada lewat malam dan pastikan mereka tidak keluar rumah pada waktu itu," katanya.

Nenek tawar khidmat seks dicekup


SEREMBAN 26 Mei - Seorang nenek berusia 63 tahun antara 25 wanita yang ditahan polis semalam selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran pada serbuan di tiga buah hotel murah di sekitar bandar ini.

Dalam serbuan yang dilancarkan secara serentak kira-kira pukul 3.20 petang itu, wanita berkenaan sedang menunggu pelanggan manakala sebahagian lagi sedang melayan pelanggan di bilik hotel berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Sumber: Utusan Malaysia


Remaja jadi hamba seks rakan sekolah

(Gambar Hiasan)


TELUK INTAN 26 Mei - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menempuh detik-detik hitam dalam hidupnya setelah diugut dan diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol oleh rakan sekolah di rumahnya sendiri sejak beberapa bulan lalu.

Episod malang remaja berkenaan bermula apabila dia diugut untuk dicederakan oleh seorang rakan lelaki di sekolahnya jika enggan membenarkan rumahnya dimasuki ketika semua ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut terbongkar apabila jiran mangsa menyerbu rumah berkenaan Selasa lalu selepas terdengar jeritan remaja terbabit sehingga menyebabkan suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika mengesahkan kejadian itu berkata, susulan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat sebelum menghantar anaknya ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


Rintihan keluarga mangsa baham buaya


Nenek mangsa, Ajam Manja bersama Clement Bayang Man tidak dapat menahan sedih ketika melihat baju Peter Heerema Sadan yang maut diserang buaya.

KUCHING 26 Mei - Lima hari sudah berlalu namun mayat seorang remaja, Peter Heerema Sadan, 13, yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Linggang, Engkilili di Sri Aman masih belum ditemui.

Ibunya, Janti Derin, 34, sudah kering air mata menangisi nasib malang anak sulungnya itu yang kali terakhir ditemuinya pada sambutan Hari Gawai tahun lalu.

Namun, hati kecil ibu tunggal yang terpaksa merantau ke Sibu untuk menyara keluarga itu tetap optimis untuk bersua dengan anaknya buat kali terakhir sempena Hari Gawai yang akan disambut 1 Jun ini.

“Saya pulang ke Kampung Tekalung untuk menjenguk anak-anak hanya setahun sekali pada Hari Gawai. Kali terakhir saya bermanja dengan Peter adalah pada sambutan tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

RM750 hidangan organ seks lelaki

Warga Jepun masak alat kelamin sendiri

TOKYO: Seorang pelukis Jepun mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks dengan memasak alat kelaminnya sendiri untuk dijamah lima orang yang membayar harga hidangan itu di Tokyo, baru-baru ini.
Mao Sugiyama menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu, menyimpannya pada takat beku selama dua bulan sebelum memasaknya untuk pelanggan di sebuah dewan pada 13 Mei, menurut keterangannya di laman Twitter miliknya dan laporan polis tempatan.
Pelanggan terbabit membayar 20,000 yen (RM750) bagi sepinggan hidangan alat kelamin itu. Gambar di laman web menunjukkan cendawan dan daun pasli dalam hidangan itu.

Sugiyama, 22, dilaporkan memberitahu melalui Twitter bahawa organ terbabit dibuang oleh doktor bertauliah dan disahkan bebas daripada sebarang jangkitan.

Hidangan berkenaan disediakan di bawah seliaan seorang tukang masak berkelayakan dan mereka yang membayar hidangan itu dikehendaki menandatangani dokumen tidak menuntut ganti rugi daripada Sugiyama serta penganjur acara itu.



Pada 18 Mei lalu, Sugiyama berkata, pelbagai langkah diambil untuk memenuhi syarat undang-undang tertentu termasuk larangan menjual organ, memproses sisa perubatan selain peraturan kebersihan makanan. 


“Saya disoal beberapa lelaki dan wanita yang bertanya ‘adakah acara ini akan diadakan lagi? Mereka minta supaya diadakan sekali lagi. Cuma, hanya ada satu set organ lelaki.

“Malang sekali saya tidak mempunyai rancangan sama pada masa akan datang,” katanya dalam Twitter pada 16 Mei lalu.

Sugiyama yang menyifatkan dirinya ‘asexual’ iaitu tidak mempunyai alat kelamin mulanya memikirkan untuk memakan sendiri alat kelaminnya itu tetapi memutuskan untuk mendapatkan pelanggan bagi membayar bil hospital pembedahan itu.

Dalam satu emel kepada agensi berita, dia mengesahkan bahawa majlis memasak dan menghidangkannya itu sudah berlangsung dan berkata ia dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran ramai wujudnya golongan ‘minoriti seksual, jantina-x dan asexual.’ – AFP

2,000 pengawal konsert Lady Gaga


PEMINAT menggunakan beca di Solo, Jawa Tengah, membawa poster penyanyi itu.
Polis Jakarta buat persiapan di stadium Gelora Bung Karno 

JAKARTA: Polis di ibu negara Indonesia bersiap sedia mengerah 2,000 anggotanya untuk mengawal konsert Lady Gaga jika ia berlangsung minggu depan di stadium sukan Gelora Bung Karno.
“Kami sudah menyediakan anggota polis untuk mengawal keadaan di situ. Pada masa sama, kami masih menunggu ibu pejabat polis mengeluarkan permit konsert,” kata jurucakap Polis Jakarta, Rikwanto.
Sesetengah kumpulan tegar Islam, termasuk Barisan Pertahanan Islam (FPI) dan Forum Islamik Rakyat (FUI), berazam untuk menghalang konsert itu daripada diadakan. 

Cawangan FPI Bekasi membeli 150 tiket untuk menghentikan konsert di tempat yang diperuntukkan. 

Anggota FPI lain berkata, mereka akan memintas penyanyi itu yang dalam perjalanan dari lapangan terbang ke tempat persembahan. 

Ibu pejabat polis sudah memberi isyarat bahawa mereka akan mengeluarkan permit selagi promoter, Big Daddy, memenuhi syarat yang ditetapkan. 
Berpuluh pelajar di sekolah agama Al-Fudholak di Pamekasan, Madura, kelmarin berdoa supaya polis tidak mengeluarkan permit persembahan kepada penyanyi berasal dari Britain itu. 

“Dengan doa ini, marilah memohon kepada Allah untuk mengukuhkan hati polis supaya mereka tidak teruja dengan wang (yang mungkin ditawarkan promoter), supaya mereka tidak akan membenarkan konsert diadakan,” kata seorang guru sekolah itu, Fudloli Mohammad Ruham. 

Sementara itu, pengurus Lady Gaga pula berkata, penyanyi berkenaan tidak akan rancangan untuk mengubah cara persembahannya sama sekali sekalipun konsertanya dibatalkan mana-mana negara di Asia. - Agensi

Aishwarya tak kisah disindir gemuk

Aktres Bollywood tolak soal jaga badan 

CANNES: Pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, tetap gembira dengan keadaan diri dan berat badannya serta tidak akan ‘jaga badan’ meskipun diejek dan disindir kerana menunjukkan perbezaan besar selepas menimang cahaya mata pertama.
Aktres berusia 38 tahun itu berada di pesta filem Cannes malam Jumaat lalu dan berjalan di permaidani merah untuk menghadiri majlis lelong untuk mangsa Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
Peminat filem mahu melihat sama ada bekas ‘Miss World’ itu sudah kembali kepada penampilan asal selepas melahirkan anak pertamanya, Aaradhya, tahun lalu. Tidak kira reaksi mereka, Aishwarya berkata, dia tidak bimbang dalam perkara itu. 

Ada beberapa ulasan yang menyakitkan hati dibuat online mengenai berat badannya tetapi Aishwarya berkata dia mengelak melayari internet dalam topik berkenaan. 

“Sebagai pelakon yang diikuti orang ramai, pasti ada banyak pandangan,” katanya kepada agensi berita ketika ditemui di hotel Riviera. 

“Saya gembira kepada semua orang di luar sana yang menunjukkan perasaan kasih sayang dan positif hingga aspek negatif tidak difikirkan langsung, saya tidak rasa marahpun,” katanya. 
Beliau juga ketawa apabila ditanya mengenai ‘diet’ sebaliknya menekankan dia sendiri akan memutuskannya, bukan orang lain. 

“Saya rasa lebih penting supaya diri anda sihat. Saya tiada masalah makan dan tidak pernah mengikuti program pemakanan, jadi saya tidak akan terima sebarang cadangan sekarang,” katanya lagi. 

Tahun ini adalah kali ke-10 Aishwarya muncul di Cannes sebagai salah seorang jurucakap L’Oreal. Beliau sudah selesa beraksi di permaidani merah. 

“Semua ini saya alami hampir setiap hari selama bertahun-tahun lalu, jadi saya tidak pernah benarkan keadaan diri saya menjadi syarat, ia satu saat yang perlu dinikmati,” tegasnya. 

Malah, Aishwarya juga sedia menimang cahaya mata kedua dengan suami, Abhishek Bachchan. 

“Jika saya mengandung sekali lagi, itu sudah takdir dan saya menerimanya dengan senang hati,” katanya. Pesta filem Cannes tamat hari ini. - AP

Abby Jawab Dakwaan Sertai PAS


"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atau parti. Saya ingin nyatakan di sini, kemuculan saya di majlis tersebut adalah atas dasar undangan dari pihak penganjur. Dan saya nak tekankan di sini, saya buka beri ceramah tapi sekadar berkongsi mengenai pengalaman dan penghijrahan saya serta pandangan mengenai hijrah saya ke arah yang lebih baik. Saya rasa saya buat benda baik. Saya tidak memburuk-burukan mana-mana pihak. Saya ralat bila di laman facebook dan blog-blog ada yang mengaitkan saya dengan isu nak masuk politik lah. Semua tu tak betul", itu kata-kata pelakon Abby Abadi dengan panjang lebar menerusi panggilan telefon dengan MD baru-baru ni.
Bekas penyanyi kumpulan Elite itu di minta mengulas mengenai dakwaan konon dia merupakan salah seorang lagi selebriti yang bakal berkecimpung dalam dunia politik tanah air, tidak lama lagi.

Spekulasi itu timbul ekoran baru-baru ini, ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu muncul di majlis Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang.

Umum sedia maklum, Abby telah melakukan penghijrahan yang mana dia kini lebih selesa memakai tudung dan menutup aurat selepas sekembalinya dari menunaikan umrah pada 26 Mac yang lalu. Sejak itu dia mula aktif menjayakan aktiviti dengan beberapa majlis yang berkonsepkan kesedaran.

"Mereka jemput saya dan saya bersyukur sebab ini bermakna mereka memberi rezeki kepada saya. Akan datang ni pun ada beberapa lagi jemputan dari beberapa pihak yang mahu saya sertai program mereka. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyertainya sekadar berkongsi pengalaman saya. Siapa saya untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Ilmu tentang politik pun saya tiada", tambah Abby. 

Sementara itu melalui akaun twitter miliknya, Abby turut meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah pihak yang memusing cerita sebenar dan menyebarkan kononnya dia akan menyertai parti PAS tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Abby memberitahu imej bertudung langsung tidak membataskan dirinya untuk meneruskan karier sebagai anak seni. Dia masih berlakon, masih menyanyi dan dalam perancangan mahu menjalankan sebuah perniagaan.

"Allhamdullilah, hidup saya sekarang semakin tenang. Perubahan paling ketara yang belaku pada saya ialah saya lebih mendekatkan diti dengan Allah. Fokus saya sekarang adalah mencari rezeki untuk memberi keselesaan pada anak-anak. Jadi saya kalau boleh nak cuba pelbagai. Saya tetap berlakon. Hasrat nak buat album tu sebenarnya bertujuan nak dapatkan show, dan akalu ada tawaran, apa salahnya. Selain tu saya juga merancang nak buka bisnes. Buat masa ni saya tak boleh beritahu lagi bisnes apa. Saya juga telah diberikan kepercayaan sebagai duta produk oleh jenama tudung Al-Humaira Contempory bermula bulan Mei 2012.", katanya lagi.

Sumber -mD

Marsha Gedik!


Jolokan 'gedik' yang dilabel oleh segelintir pihak kepada dirinya tidak sedikit pun mematahkan semangat penyanyi-pelakon Marsha Milan Londoh untuk terus meningkatkan mutu kerjanya agar dapat meyakinkan khalayak terhadap kebolehannya dalam bidang seni.
Memetik laporan mStar, wanita 27 tahun ini tidak ambil pusing dengan 'tuduhan' tersebut jauh sekali berkecil hati. Kerana baginya, kalau hendak diambil kira setiap apa yang orang katakan padanya, memang pening jadinya. Dia juga sedar ramai orang yang memandang remeh akan kewujudannya dalam industri.

Pengacara program Propaganza di Astro Ria itu juga berkata, dia mengakui bukan mudah untuk mengikis persepsi orang jika dirinya sudah diberikan sesuatu jolokan sebegitu.

“Saya akan berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam apa juga kerja yang diceburi. Saya tidak pernah berputus asa untuk meyakinkan masyarakat terhadap bakat yang dimiliki dan bukan sekadar berperangai gedik dan menggoda semata-mata,” jelasnya.

Ditanya mengenai kehidupannya selepas kontroversi tuduhan dia menelan pil dipercayai bertujuan untuk membunuh diri sebelum ini, Marsha berkata dia mahu melupakan kisah hitam itu.

“Saya semakin bersemangat selepas lapan bulan kes itu berlalu. Saya akui kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan dan trauma tetapi kini saya sudah stabil.

“Saya berharap agar 2012 akan menjadi tahun yang baik dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun, pada tahun ini saya mahu mengeluarkan beberapa buah lagu dan kerjaya lakonan juga kian berkembang,” tuturnya lagi.

Sumber - mD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More